Selawat atas nabi

Selawat atas nabi

Wednesday, December 30, 2009

Friday, December 11, 2009

PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?" Jawab yang lain, "Enam ratus ribu." Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?" Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, "Muwaffaq." Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?" Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu." Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi. Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim. Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga." Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

Wednesday, December 09, 2009

KISAH NABI YUNUS A.S.

KISAH NABI YUNUS A.S.
Tidak banyak yang dikisahkan oleh Al-Quran tentang Nabi Yunus sebagaimana yang telah dikisahkan tentang nabi-nabi Musa, Yusuf dan lain-lain. Dan sepanjang yang dapat dicatat dan diceritakan oleh para sejarawan dan ahli tafsir tentang Nabi Yunus ialah bahawa beliau bernama Yunus bin Matta. Ia telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama "Ninawa" yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka. Ia merupakan seorang asing mendatang di tengah-tengah penduduk Ninawa itu. Ia menemui mereka berada di dalam kegelapan, kebodohan dan kekafiran, mereka menyembah berhala menyekutukan kepada Allah.

Yunus membawa ajaran tauhid dan iman kepada mereka, mengajak mereka agak menyembah kepada Allah yang telah menciptakan mereka dan menciptakan alam semesta, meninggalkan persembahan mereka kepada berhala-berhala yang mereka buat sendiri dari batu dan berhala-berhala yang tidak dapat membawanya manfaaat atau mudarat bagi mereka. Ia memperingatkan mereka bahawa mereka sebagai manusia makhluk Allah yang utama yang memperoleh kelebihan di atas makhluk-makhluk yang lain tidak sepatutnya merendahkan diri dengan menundukkan dahi dan wajah mereka menyembah batu-batu mati yang mereka pertuhankan, padahal itu semua buatan mereka sendiri yang kadang-kadang dan dapat dihancurkan dan diubah bentuk dan memodelnya. Ia mengajak mereka berfikir memperhatikan ciptaan Allah di dalam diri mereka sendiri, di dalam alam sekitar untuk menyedarkan mereka bahawa Tuhan pencipta itulah yang patut disembah dan bukannya benda-benda ciptaannya.

Ajaran-ajaran Nabi Yunus itu bagi para penduduk Ninawa merupakan hal yang baru yang belum pernah mereka dengar sebelumnya. Kerananya mereka tidak dapat menerimanya untuk menggantikan ajaran dan kepercayaan yang telah diwariskan oleh nenek moyang mereka yang sudah menjadi adat kebiasaaan mereka turun temurun. Apalagi pembawa agama itu adalah seorang asing tidak seketurunan dengan mereka.
Mereka berkata kepada Nabi Yunus: "Apakah kata-kata yang engkau ucapkan itu dan kedustaan apakah yang engkau anjurkan kepada kami tentang agama barumu itu? Inilah tuhan-tuhan kami yang sejati yang kami sembah dan disembahkan oleh nenek moyamg kami sejak dahulu. Alasan apakah yang membenarkan kami meninggalkan agama kami yang diwariskan oleh nenek moyang kami dan menggantikannya dengan agama barumu? Engkau adalah seorang yang ditengah-tengah kami yang datang untuk merusakkan adat istiadat kami dan mengubah agama kami dan apakah kelebihan kamu diatas kami yang memberimu alasan untuk mengurui dan mengajar kami. Hentikanlah aksimu dan ajak-ajakanmu di daerah kami ini. Percayalah bahawa engkau tidak akan dapat pengikut diantara kami dan bahawa ajaranmu tidak akan mendapat pasaran di antara rakyat Ninawa yang sangat teguh mempertahankan tradisi dan adat istiadat orang-orang tua kami."

Barkata Nabi Yunus menjawab: "Aku hanya mengajak kamu beriman dan bertauhid menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah yang wajib ku sampaikan kepadamu. Aku hanya seorang pesuruh yang ditugaskan oleh Allah untuk mengangkat kamu dari lembah kesesatan dan kegelapan menuntun kamu ke jalan yang benar dan lurus menyampaikan kepada kamu agama yang suci bersih dari benih-benih kufur dan syirik yang merendahkan martabat manusia yang semata-mata untuk kebaikan kamu sendiri dan kebaikan anak cucumu kelak. Aku sesekali tidak mengharapkan sesuatu upah atau balas jasa daripadamu dan tidak pula menginginkan pangkat atau kedudukan. Aku tidak dapat memaksamu untuk mengikutiku dan melaksanakan ajaran-ajaranku. Aku hanya mengingatkan kepadamu bahawa bila kamu tetap membangkang dan tidak menghiraukan ajakanku , tetap menolak agama Allah yang aku bawa, tetap mempertahankan akidahmu dan agamamu yang bathil dan sesat itu, nescaya Allah kelak akan menunjukkan kepadamu tanda-tanda kebenaran risalahku dengan menurunkan azab seksa-Nya di atas kamu sebagaimana telah dialami oleh kaum terdahulu iaitu kaum Nuh, Aad dan Tsamud sebelum kamu.

Mereka menjawab peringatan Nabi Yunus dengan tentangan seraya mengatakan: "Kami tetap menolak ajakanmu dan tidak akan tunduk pada perintahmu atau mengikut kemahuanmu dan sesekali kami tidak akan takut akan segala ancamanmu. Cubalah datangkan apa yang engkau ancamkan itu kepada kami jika engkau memang benar dalam kata-katamu dan tidak mendustai kami."
Nabi Yunus tidak tahan tinggal dengan lebih lama di tengah-tengah kaum Ninawa yang berkeras kepala dan bersikap buta-tuli menghadapi ajaran dan dakwahnya. Ia lalu meninggalkan Ninawa dengan rasa jengkel dan marah seraya memohon kepada Allah untuk menjatuhkan hukumannya atas orang-orang yang membangkang dan berkeras kepala itu.

Sepeninggalan Nabi Yunus penduduk Ninawa mulai melihat tanda-tanda yang mencemaskan seakan-akan ancaman Nabi Yunus kepada mereka akan menjadi kenyataan dan hukuman Allah akan benar-benar jatuh di atas mereka membawa kehancuran dan kebinasaan sebagaimana yang telah dialami oleh kaum musyrikin penyembah berhala sebelum mereka. Mereka melihat keadaan udara disekeliling Ninawa makin menggelap, binatang-binatang peliharaan mereka nampak tidak tenang dan gelisah, wajah-wajah mereka tanpa disadari menjadi pucat tidak berdarah dan angin dari segala penjuru bertiup dengan kecangnya membawa suara gemuruh yang menakutkan.

Dalam keadaan panik dan ketakutan , sedarlah mereka bahawa Yunus tidak berdusta dalam kata-katanya dan bahawa apa yang diancamkan kepada mereka bukanlah ancaman kosong buatannya sendiri, tetapi ancaman dari Tuhan. Segeralah mereka menyatakan taubat dan memohon ampun atas segala perbuatan mereka, menyatakan beriman dan percaya kepada kebenaran dakwah Nabi Yunus seraya berasa menyesal atas perlakuan dan sikap kasar mereka yang menjadikan beliau marah dan meninggalkan daerah itu.

Untuk menebus dosa, mereka keluar dari kota dan beramai-ramai pergi ke bukit-bukit dan padang pasir, seraya menangis memohon ampun dan rahmat Allah agar dihindarkan dari bencana azab dan seksaan-Nya. Ibu binatang-binatang peliharaan mereka dipisahkan dari anak-anaknya sehingga terdengar suara teriakan binatang-binatang yang terpisah dari ibunya seolah-olah turut memohon keselamatan dari bencana yang sedang mengancam akan tiba menimpa mereka.
Allah yang Maha Mengetahui bahawa hamba-hamba-Nya itu jujur dalam taubatnya dan rasa sesalannya dan bahawa mereka memang benar-benar dan hatinya sudah kembali beriman dan dari hatinya pula memohon dihindarkan dari azab seksa-Nya, berkenan menurunkan rahmat-Nya dan mengurniakan maghfirat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang dengan tulus ikhlas menyatakan bertaubat dan memohon ampun atas segala dosanya. Udara gelap yang meliputi Ninawa menjadi terang, wajah-wajah yang pucat kembali merah dan ebrseri-seri dan binatang-binatang yang gelisah menjadi tenang, kemudian kembalilah orang-orang itu ke kota dan kerumah masing-masing dengan penuh rasa gembira dan syukur kepada Allah yang telah berkenan menerima doa dan permohonan mereka.

Berkatalah mereka didalam hati masing-masing setelah merasa tenang, tenteram dan aman dari malapetaka yang nyaris melanda mereka: "Di manakah gerangan Yunus sekarang berada? Mengapa kami telah tunduk kepada bisikan syaitan dan mengikuti hawa nafsu, menjadikan dia meninggalkan kami dengan rasa marah dan jengkel kerana sikap kami yang menentang dan memusuhinya. Alangkah bahagianya kami andaikan ia masih berada di tengah-tengah kami menuntun dan mengajari kami hal-hal yang membawa kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat. Ia adalah benar-benar rasul dan nabi Allah yang telah kami sia-siakan. Semoga Allah mengampuni dosa kami."

Adapun tentang keadaan Nabi Yunus yang telah meninggalkan kota Ninawa secara mendadak, maka ia berjalan kaki mengembara naik gunung turun gunung tanpa tujuan. Tanpa disadari ia tiba-tiba berada disebuah pantai melihat sekelompok orang yang lagi bergegas-gegas hendak menumpang sebuah kapal. Ia minta dari pemilik kapal agar diperbolehkan ikut serta bersama lain-lain penumpang. Kapal segera melepaskan sauhnya dan meluncur dengan lajunya ke tengah laut yang tenang. Ketenangan laut itu tidak dapat bertahan lama, kerana sekonyong-konyong tergoncang dan terayunlah kapal itu oleh gelombang besar yang datang mendadak diikuti oleh tiupan angin taufan yang kencang, sehingga menjadikan juru mudi kapal berserta seluruh penumpangnya berada dalan keadaan panik ketakutan melihat keadaan kapal yang sudah tidak dapat dikuasai keseimbangannya.

Para penumpang dan juru mudi melihat tidak ada jalan untuk menyelamatkan keadaan jika keadaan cuaca tetap mengganas dan tidak mereda, kecuali dengan jalan meringankan beban berat muatan dengan mengorbankan salah seorang daripada para penumpang. Undian lalu dilaksanakan untuk menentukan siapakah di antara penumpang yang harus dikorbankan. Pada tarik pertama keluarlah nama Yunus, seorang penumpang yang mereka paling hormati dan cintai, sehingga mereka semua merasa berat untuk melemparkannya ke laut menjadi mangsa ikan.

Kemudian diadakanlah undian bagi kali kedua dengan masing-masing penumpang mengharapkan jangan sampai keluar lagi nama Yunus yang mereka sayangi itu, namun melesetlah harapan mereka dan keluarlah nama Yunus kembali pada undian yang kedua itu. Demikianlah bagi undian bagi kali yang ketiganya yang disepakati sebagai yang terakhir dan yang menentukan nama Yunuslah yang muncul yang harus dikorbankan untuk menyelamatkan kapal dan para penumpang yang lain.
Nabi Yunus yang dengan telitinya memperhatikan sewaktu undian dibuat merasa bahawa keputusan undian itu adalah kehendak Allah yang tidak dapat ditolaknya yang mungkin didalamnya terselit hikmah yang ia belum dapat menyelaminya. Yunus sedar pula pada saat itu bahawa ia telah melakukan dosa dengan meninggalkan Ninawa sebelum memperoleh perkenan Allah, sehingga mungkin keputusan undian itu adalah sebagai penebusan dosa yang ia lakukan itu. Kemudian ia beristikharah menghenimgkan cipta sejenak dan tanpa ragu segera melemparkan dirinya ke laut yang segera diterima oleh lipatan gelombang yang sedang mengamuk dengan dahsyatnya di bawah langit yang kelam-pekat.

Selagi Nabi Yunus berjuang melawan gelombang yang mengayun-ayunkannya, Allag mewahyukan kepada seekor ikan paus untuk menelannya bulat-bulat dan menyimpangnya di dalam perut sebagai amanat Tuhan yang harus dikembalikannya utuh tidak tercedera kelak bila saatnya tiba.
Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan paus yang membawanya memecah gelombang timbul dan tenggelam ke dasar laut merasa sesak dada dan bersedih hati seraya memohon ampun kepada Allah atas dosa dan tindakan yang salah yang dilakukannya tergesa-gesa. Ia berseru didalam kegelapan perut ikan paus itu: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim."

Setelah selesai menjalani hukuman Allah , selama beberapa waktu yang telah ditentukan, ditumpahkanlah Nabi Yunus oleh ikan paus itu yang mengandungnya dan dilemparkannya ke darat . Ia terlempar dari mulut ikan ke pantai dalam keadaan kurus lemah dan sakit. Akan tetapi Allah dengan rahmat-Nya menumbuhkan di tempat ia terdampar sebuah pohon labu yang dapat menaungi Yunus dengan daun-daunnya dan menikmati buahnya.
Nabi Yunus setelah sembuh dan menjadi segar kembali diperintahkan oleh Allah agar pergi kembali mengunjungi Ninawa di mana seratus ribu lebih penduduknya mendamba-dambakan kedatangannya untuk memimpin mereka dan memberi tuntunan lebih lanjut untuk menyempurnakan iman dan aqidah mereka. Dan alangkah terkejutnya Nabi Yunus tatkala masuk Ninawa dan tidak melihat satu pun patung berhala berdiri. Sebaliknya ia menemui orang-orang yang dahulunya berkeras kepala menentangnya dan menolak ajarannya dan kini sudah menjadi orang-orang mukmin, soleh dan beribadah memuja-muji Allah s.w.t.

Pokok cerita tentang Yunus terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran dalam surah Yunus ayat 98, surah Al-Anbiaa' ayat 87, 88 dan surah Ash-Shaffaat ayat 139 sehingga ayat 148.

Pengajaran yang dapat dipetik dari kisah Nabi Yunus.
Bahawasannya seorang yang bertugas sebagai da'i - juru dakwah harus memiliki kesabaran dan tidak boleh cepat-cepat marah dan berputus asa bila dakwahnya tidak dapat sambutan yang selayaknya atau tidak segera diterima oleh orang-orang yang didakwahinya. Dalam keadaan demikian ia harus bersabar mengawal emosinya serta tetap meneruskan dakwahnya dengan bersikap bijaksana dan lemah lembut, sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud : "Serulah, berdakwahlah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik { sopan dan lemah lembut } ."

Di dalam diri Nabi Yunus Allah telah memberi contoh betapa ia telah disesalkan atas tindakannya yang tergesa-gesa kerana kehilangan kesabaran, meninggalkan kaum Ninawa, padahal mereka masih dapat disedarkan untuk menerima ajakannya andaikan ia tidak terburu-buru marah dan meninggalkan mereka tanpa berunding lebih dahulu dengan Allah yang telah mengutusnya.
Atas pelanggaran yang telah dilakukan tanpa sedar Allah telah memberi hukuman kepada Nabi Yunus berupa kurungan dalam perut ikan paus sebagai peringatan dan pengajaran agar tidak terulang lagi setelah ia diberi ampun dan disuruh kembali ke Ninawa melanjutkan dakwahnya.

Dari e-mail

title="http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/06/18/maafkan-cikgu/
" Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.
Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.
Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya.
Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya.
Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Friday, December 04, 2009

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Thursday, December 03, 2009

From Thilaga

ASPIRIN
IMPORTANT READ.....
Something that we can do to help ourselves. Nice to know.
Bayer is making crystal aspirin to dissolve under the tongue. They work much faster than the tablets.


Why keep aspirin by your bedside?

About Heart AttacksThere are other symptoms of an heart attack besides the pain on the left arm. One must also be aware of an intense pain on the chin, as well as nausea and lots of sweating, however these symptoms may also occur less frequently.Note: There may be NO pain in the chest during a heart attack. The majority of people (about 60%) who had a heart attack during their sleep, did not wake up. However, if it occurs, the chest pain may wake you up from your deep sleep.If that happens, immediately dissolve two aspirins in your mouth and swallow them with a bit of water.
Afterwards: - phone a neighbor or a family member who lives very close by - say "heart attack!" - say that you have taken 2 aspirins.. - take a seat on a chair or sofa near the front door, and wait for their arrival and... ~ do NOT lie down ~
A Cardiologist has stated that, if each person, after receiving this e-mail, sends it to 10 people, probably one life can be saved! I have already shared the information- - What about you?
Do forward this message; it may save lives!

Wednesday, December 02, 2009

Taklimat Perkembangan Baru Pendidikan

Taklimat tersebut bagi Pengetua dan Guru Besar daerah LMS diadakan di Kompleks Rakan Muda Kemunting yang diadakan pada 1.12.2009.

Tuesday, November 24, 2009

Internet terputus lagi

Sejak hari jumaat hingga harini.

Thursday, November 19, 2009

Gangguan menghalang kecemerlangan UPSR2009

Peratus lulus ABC 47.8%
BM Pemahaman 5 orang murid lulus A, 6 Lulus B, 9 lulus C , Jumlah lulus 20, gagal 3
BM Penulisan 15 orang murid lulus A, 3 lulus B 2 lulus A Jumlah lulus 20, gagal 3
BI 0 lulus A, 1 Lulus B, 11 Lulus C, Lulus ABC 12, gagal 11
Math 6Lulus A, Lulus B 3, lulus C 9 , Lulus ABC 18, gagal 5
Saince 0Lulus A, Lulus B 6, Lulus C 12, Lulus ABC 18, gagal 5
Masalah
1. BI- Dari awal tahun guru BI ialah PK Hem En Yusof Md Ali. Pada bulan julai PK Koku En Arifin ( Mengajar matematik) bertukar ke SK KE, Tempat beliau diganti oleh Pn Suraya.
Bagi menggantikan En Arifin, Encik Yusof mengajar matematik. Pn Suraya menggantikan En Yusof bagi subjek English. Kelompongan itu memberi kesan kepada pencapaian 3 murid orang murid untuk mencapai kecemerlangan A. Lompongan tinggalan En Yusuf disaat yang terlalu hampir dengan peperiksaan ( julai hingga september) menggagalkan kecemerlangan A bagi Engish.
2. Sains - Pembelajaran yang berlaku hendaklah berterusan ( conssistence) Guru sains terlibat dengan kursus selama sebulan. Tiada ganti yang tetap. kelompongan masa itu (sebulan ditambah dengan guru terpaksa keluar sekolah) merencatkan kejayaan 6 orang murid untuk mencapai kecemerlangan A.
3. Faktor tersembunyi. Faktor ini hanya dapat dikesan setelah keputusan dikeluarkan.
Kegagalan mengesan faktor ini disebabkan kurangnya kepakaran dalam hal-hal yang berkaitan dengan post-mortem. Guru-guru perlu belajar membuat post-mortem. Kelemahan dalam mendokumentasikan pemerhatian juga turut menyumbangkan kepada halangan kepada pencapaian. Merasa terlalu yakin pada guru menjadi sebahagian dari halangan kejayaan.
4. Sekolah dengan bilangan guru 17 orang. Urusan pentadbiran dan pengurusan yang melibatkan guru diperingkat daerah dan zon yang terpaksa dilakukan diwaktu pagi menyebabkan usaha top up PnP tergendala. Keperluan urusan zon dan daerah yang melibatkan guru dari sekolah yang kecil seperti ini sekolah ini perlu dielakkan atau diadakan diwaktu petang.

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009
Bilangan calon 24 orang
Calon Tak Hadir 1 orang
Bilangan calon lulus 5 subjak 11
Bliangan Calon lulus BM1 20 orang
Bilangan Calon lulus BM2 20 orang
Bilangan Calon lulus BI 12 orang
Bilangan Calon lulus Matematik 18 orang
Bilangan calon lulus Sains 18 orang
Pencapaian terbaik
3A2B- Siti Musliha
3A1B1C Hanafi Hanif
3A1B1C Nur Syazwanie


Wednesday, November 18, 2009

Penantian Keputusan UPSR 2009

Esok khabarnya akan dikeluarkan keputusan tersebut.
Antara harapan, debaran kepada keputusan itu.

Persediaan Hari Anugerah

Kerja persediaan untuk hari anugerah 2009.
Hari anugerah yang akan diadakan pada esok pada asalnya akan disempurnakan oleh
Timbalan PPD LMS
Namun atas sesuatu yang tak dapat dielakkan beliau digantikan dengan En Rustam.

Tuesday, November 17, 2009

Mesyuarat Pengurusan Sekolah LMS

Mesyuarat tersebut diadakan di SSL Traders Kamunting.

Monday, November 16, 2009

Jamuan Perpisahan tahun 6

Harini murid tahun 6 mengadakan jamuan makan untuk perpisahan akhir tahun.

Friday, November 13, 2009

Perjalanan GB ke sekolah harini

Kaedaan lepas banjir di kampong sumpitan belum dibersihkan ditemui oleh GB.
Pokok tumbang selepas ladang ternakan rusa.
Tanah runtuh yang sedikit terdapat ditepi jalan.
Tanah runtuh yang telah dilapurkan kepada JKR Taiping kelihatan semakin membesar. iaitu berhampiran jambatan kedua dari atas bukit.

Thursday, November 12, 2009

Penyelenggaraan di SK Sungai Jernih

Kerja-kerja penyelenggaraan pejabat sekolah hari ini diteruskan. kehadiran dua kumpulan iaitu pendawaian lektrik dan menyiapkan parthytion.

Wednesday, November 11, 2009

Murid SK S Jernih Melawat Pulau Pinang

Harini murid tahun 4,5 dan 6 melawat Pulau Pinang. Lawatan sambil belajar ini bertujuan meluaskan pandangan murid dan melepaskan segala tension murid yang belajar sepanjang tahun.
Peserta rombongan terdiri dari murid tahun 6, murid yang lulus sekurang-kurang 3 subjek UPSR bagi tahun 5 dan murid yang mendapat 5A bagi PKSR tahun 4.
Semoga mereka selamat dalam perjalanan tersebut.
PK Hem turut serta dalam lawatan tersebut.

Tuesday, November 10, 2009

Cerita Gambar




Cuaca Panas

Harini cuaca diseklah agak panas. Kerja penyelenggaraan pejabat diteruskan. Kumpulan elektrik pula.

Monday, November 09, 2009

Kerja-kerja Penyelenggaraan Pejabat Sekolah

Hari ini dua pasokan kerja membuka parthition dan memasang kerangka parthition pejabat dan bilik GB dan PK sekolah dilaksanakan.

Friday, November 06, 2009

Thursday, November 05, 2009

Cerita bergambar
















Human Body! Very informative!



It takes your food seven seconds to get from your mouth to your stomach.
One human hair can support 3kg (6...6 lb). The average man's penis is three times the length of his thumb. Human thighbones are stronger than concrete. A woman's heart beats faster than a man's. There are about one trillion bacteria on each of your feet. Women blink twice as often as men. The average person's skin weighs twice as much as the brain... Your body uses 300 muscles to balance itself when you are standing still. If saliva cannot dissolve something, you cannot taste it. Women reading this will be finished now. Men are still busy checking their thumbs.

Cerita bergambar







Cuaca harini di SK S Jernih


Keadaan cuaca harini hujan sedari pagi dan sekejap berhenti dan sekejap hujan semula.

Pokok Tumbang

Pagini terdapat pokok tumbang ditepi jalanraya. Kali ini disebelah JKR Hulu Perak.

Tuesday, November 03, 2009

Mesyuarat Kurikulum SR LMS Kali ke 2

GB SK Sungai jernih harini menhadiri mesyuarat kurikulum yang diadakan di Kamunting Taiping.

Friday, October 30, 2009

Pokok Tumbang - makluman

(gambar hiasan)
Dalam perjalanan Guru Besar kesekolah pagi ini beliau melihat sebatang pokok tumbang kejalan dan hampir menutupi jalanraya. Namun beliau dapat hadir kesekolah kerana terdapat satu lorongan kecil ditepi jalan yang boleh memuatkan sebuah kereta.

Kejadian tersebut berlaku dikawasan JKR Hulu Perak

Thursday, October 29, 2009

Taklimat Keselamatan Sekolah




Tempat Dewan Arif Budiman
PPD Lama
Taiping.

Mesyuarat MGB Zon Batu Kurau

Diadakan di SMK Redang Panjang pada
Selasa 27hb. okt 2009
jam 2.00 petang.

Tuesday, October 27, 2009

Peperiksaan Akhir tahun 2009


Hari ini bermula peperiksaan akhir tahun 2009. Selamat maju dan jaya.

Monday, October 26, 2009

Peperiksaan Akhir tahun 2009

(gambar hiasan)
Mulai esok akan diadakan peperiksaan akhir tahun bagi murid sekolah ni. Semoga beroleh kejayaan.

Selamat Datang En Rosli

Pada 16.10.2009, PK Kokurikulum sekolah ini ( Pn Suraya Lee)telah bertukar dari sekolah ini ke sekolah asalnya di Selama. Belian diganti oleh En Rosli dari SK St George Taiping.
Seluruh masyarakat sekolah mengucapkan selamat datang kepada beliau.

Contact Time 23hb.10.2009


Gurur Besar Memberikan input berkisar dari pengertian kurikulum. Guru Besar menyebutkan sekurang-kurangnya kurikulum boleh dilihat dalam 2 perspektif iaitu yang tersurat (nyata) dan tersirat (tersembunyi)

Rukun Negara merupakan suatu kurikulum yang tersurat dan sarat dengan yang tersirat. Begitu juga Falsafah Pelajaran Kebangsaan merupakan suatu kurikulum yang sarat dengan yang tersurat dan tersirat.

Segala usaha guru di sekolah lebih menumpukan kepada yang tersurat. Melalui petanda hasilan peperiksaan kita dapat melihat hasil yang tersurat. Guru besar mencadangkan kepada guru-guru suatu usaha untuk menimbulkan atau mengeksposkan highlight hasilan bagi kurikulum yang tersirat.

Wednesday, October 21, 2009

Friday, October 16, 2009

Contact Time 16hb.10.2009

Guru Besar menayangkan majlis convocation ke 25 IIUM untuk sessi ke 4 kepada semua guru. Tujuan untuk menyuntik motivasi pada guru-guru sehingga seterusnya guru akan menyuntik motivasi kepada murid.

Air Rosselle SK Sungai Jernih dah sampai ke KL

Semalam GB menghantar robe sambil mengambil degree beliau membawa minuman yang baru menjadi produk SK Sungan jernih. Air minuman itu telah dihadiah kepada Pengarah CTL iaitu DR Siti Rafiah.

Penyelenggaraan di SK Sungai Jernih

Terdapat dua kerja penyelenggaraan di sekolah ini ketika ini. Kedua-duanya ialah tambagan 10kaki untuk pejabat. dan penyelenggaraan bagi bilik pemulihan. Kerja-kerja yang dijalankan mengikut jadual.

Cuaca hari ini

Sekarangni jam 3.26 hujan lebat disekolah. Hari hari rabu kelmarin GB dalam perjalanan kesekolah telah mengesan dua kejadian tanah runtuh ditepi jalan yang mungkin membahayakan pengguna jalanraya. Pihak sekolah telah menghubungi JKR Taiping. Disamping itu GB telah memuatkan laporan itu dalam blog beliau.
Dalam perjalanan pulang GB telah mendapati tempat runtuhan itu telah dilingkari dengan tali pita keselamatan.

Wednesday, October 07, 2009

Gambar murid th 1-5

Gambar murid


Cuaca cerah di sekolah

Keadaan cuaca hari cerah dan aktiviti disekolah harini ialah sessi pengambaran.bagi semua murid dan warga sekolah.

Tuesday, October 06, 2009

Gambar Kenangan