Selawat atas nabi

Selawat atas nabi

Tuesday, November 24, 2009

Internet terputus lagi

Sejak hari jumaat hingga harini.

Thursday, November 19, 2009

Gangguan menghalang kecemerlangan UPSR2009

Peratus lulus ABC 47.8%
BM Pemahaman 5 orang murid lulus A, 6 Lulus B, 9 lulus C , Jumlah lulus 20, gagal 3
BM Penulisan 15 orang murid lulus A, 3 lulus B 2 lulus A Jumlah lulus 20, gagal 3
BI 0 lulus A, 1 Lulus B, 11 Lulus C, Lulus ABC 12, gagal 11
Math 6Lulus A, Lulus B 3, lulus C 9 , Lulus ABC 18, gagal 5
Saince 0Lulus A, Lulus B 6, Lulus C 12, Lulus ABC 18, gagal 5
Masalah
1. BI- Dari awal tahun guru BI ialah PK Hem En Yusof Md Ali. Pada bulan julai PK Koku En Arifin ( Mengajar matematik) bertukar ke SK KE, Tempat beliau diganti oleh Pn Suraya.
Bagi menggantikan En Arifin, Encik Yusof mengajar matematik. Pn Suraya menggantikan En Yusof bagi subjek English. Kelompongan itu memberi kesan kepada pencapaian 3 murid orang murid untuk mencapai kecemerlangan A. Lompongan tinggalan En Yusuf disaat yang terlalu hampir dengan peperiksaan ( julai hingga september) menggagalkan kecemerlangan A bagi Engish.
2. Sains - Pembelajaran yang berlaku hendaklah berterusan ( conssistence) Guru sains terlibat dengan kursus selama sebulan. Tiada ganti yang tetap. kelompongan masa itu (sebulan ditambah dengan guru terpaksa keluar sekolah) merencatkan kejayaan 6 orang murid untuk mencapai kecemerlangan A.
3. Faktor tersembunyi. Faktor ini hanya dapat dikesan setelah keputusan dikeluarkan.
Kegagalan mengesan faktor ini disebabkan kurangnya kepakaran dalam hal-hal yang berkaitan dengan post-mortem. Guru-guru perlu belajar membuat post-mortem. Kelemahan dalam mendokumentasikan pemerhatian juga turut menyumbangkan kepada halangan kepada pencapaian. Merasa terlalu yakin pada guru menjadi sebahagian dari halangan kejayaan.
4. Sekolah dengan bilangan guru 17 orang. Urusan pentadbiran dan pengurusan yang melibatkan guru diperingkat daerah dan zon yang terpaksa dilakukan diwaktu pagi menyebabkan usaha top up PnP tergendala. Keperluan urusan zon dan daerah yang melibatkan guru dari sekolah yang kecil seperti ini sekolah ini perlu dielakkan atau diadakan diwaktu petang.

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009
Bilangan calon 24 orang
Calon Tak Hadir 1 orang
Bilangan calon lulus 5 subjak 11
Bliangan Calon lulus BM1 20 orang
Bilangan Calon lulus BM2 20 orang
Bilangan Calon lulus BI 12 orang
Bilangan Calon lulus Matematik 18 orang
Bilangan calon lulus Sains 18 orang
Pencapaian terbaik
3A2B- Siti Musliha
3A1B1C Hanafi Hanif
3A1B1C Nur Syazwanie


Wednesday, November 18, 2009

Penantian Keputusan UPSR 2009

Esok khabarnya akan dikeluarkan keputusan tersebut.
Antara harapan, debaran kepada keputusan itu.

Persediaan Hari Anugerah

Kerja persediaan untuk hari anugerah 2009.
Hari anugerah yang akan diadakan pada esok pada asalnya akan disempurnakan oleh
Timbalan PPD LMS
Namun atas sesuatu yang tak dapat dielakkan beliau digantikan dengan En Rustam.

Tuesday, November 17, 2009

Mesyuarat Pengurusan Sekolah LMS

Mesyuarat tersebut diadakan di SSL Traders Kamunting.

Monday, November 16, 2009

Jamuan Perpisahan tahun 6

Harini murid tahun 6 mengadakan jamuan makan untuk perpisahan akhir tahun.

Gambar Kenangan