Selawat atas nabi

Selawat atas nabi

Thursday, November 19, 2009

Gangguan menghalang kecemerlangan UPSR2009

Peratus lulus ABC 47.8%
BM Pemahaman 5 orang murid lulus A, 6 Lulus B, 9 lulus C , Jumlah lulus 20, gagal 3
BM Penulisan 15 orang murid lulus A, 3 lulus B 2 lulus A Jumlah lulus 20, gagal 3
BI 0 lulus A, 1 Lulus B, 11 Lulus C, Lulus ABC 12, gagal 11
Math 6Lulus A, Lulus B 3, lulus C 9 , Lulus ABC 18, gagal 5
Saince 0Lulus A, Lulus B 6, Lulus C 12, Lulus ABC 18, gagal 5
Masalah
1. BI- Dari awal tahun guru BI ialah PK Hem En Yusof Md Ali. Pada bulan julai PK Koku En Arifin ( Mengajar matematik) bertukar ke SK KE, Tempat beliau diganti oleh Pn Suraya.
Bagi menggantikan En Arifin, Encik Yusof mengajar matematik. Pn Suraya menggantikan En Yusof bagi subjek English. Kelompongan itu memberi kesan kepada pencapaian 3 murid orang murid untuk mencapai kecemerlangan A. Lompongan tinggalan En Yusuf disaat yang terlalu hampir dengan peperiksaan ( julai hingga september) menggagalkan kecemerlangan A bagi Engish.
2. Sains - Pembelajaran yang berlaku hendaklah berterusan ( conssistence) Guru sains terlibat dengan kursus selama sebulan. Tiada ganti yang tetap. kelompongan masa itu (sebulan ditambah dengan guru terpaksa keluar sekolah) merencatkan kejayaan 6 orang murid untuk mencapai kecemerlangan A.
3. Faktor tersembunyi. Faktor ini hanya dapat dikesan setelah keputusan dikeluarkan.
Kegagalan mengesan faktor ini disebabkan kurangnya kepakaran dalam hal-hal yang berkaitan dengan post-mortem. Guru-guru perlu belajar membuat post-mortem. Kelemahan dalam mendokumentasikan pemerhatian juga turut menyumbangkan kepada halangan kepada pencapaian. Merasa terlalu yakin pada guru menjadi sebahagian dari halangan kejayaan.
4. Sekolah dengan bilangan guru 17 orang. Urusan pentadbiran dan pengurusan yang melibatkan guru diperingkat daerah dan zon yang terpaksa dilakukan diwaktu pagi menyebabkan usaha top up PnP tergendala. Keperluan urusan zon dan daerah yang melibatkan guru dari sekolah yang kecil seperti ini sekolah ini perlu dielakkan atau diadakan diwaktu petang.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan