Selawat atas nabi

Selawat atas nabi

Wednesday, September 16, 2009

Selamat hari raya aidilfitri

Peringatan
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Ali’imran 133.

(iaitu) orang-orang yangyang menafkahkan (hartanya) baik diwaktu lapang mau pun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Ali Imran 134.

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menginayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui. Al imran 135.

Mereka itu balasannya ialah keampunan dari tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; Dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. Ali imran 136.

1 comment:

  1. salam sume cikgu SK Sg Jernih..

    nak maklumkan tentang pemantauan SPPICTS bagi sekolah tuan. Diharap kemaskini data. Minta Cikgu ICT/Data juga Juruteknik Komputer bekerjasama. Rujuk www.pkgbatukurau.edunet.my jika ada sebarang masalah.

    ReplyDelete

Gambar Kenangan