Selawat atas nabi

Selawat atas nabi

Wednesday, September 30, 2009

Perayaan Hari Raya Aidilfitri di SK Sungai Jernih

Perayaan tersebut diadakan pada hari ni serentak dengan penutup perayaan kemerdekaan. Cuaca disekolah harini hujan sepanjang hari. Kerana itu bendera negeri-negeri tidak dapat diturunkan.
Dalam perayaan ini murid diberi pengalaman berniaga makanan menggunakan kupon. 4 stesyen dibuka dan kelihatan aktiviti ini membuka minda murid dalam pengalaman pelajaran mereka.

Internet di SK S Jernih Masih Terputus lagi

Sejak hari rabu selepas hari raya aidilfitri sehingga ke harini keadaan masih terputus. Surat makluman kepada GITN telah di pos dan di faxkan. Keadaan ini merugikan murid sekolah ini. keperihatinan semua amat diharapkan.

Wednesday, September 16, 2009

Cebisan kehidupan

title="http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/06/18/maafkan-cikgu/
" Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Selamat hari raya aidilfitri

Peringatan
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Ali’imran 133.

(iaitu) orang-orang yangyang menafkahkan (hartanya) baik diwaktu lapang mau pun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Ali Imran 134.

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menginayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui. Al imran 135.

Mereka itu balasannya ialah keampunan dari tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; Dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. Ali imran 136.

Dimana tempat ini


Hujan ditengahari dan diwaktu petang di SK Sungai Jernih


Thursday, September 10, 2009

Cuaca diawal pagi di SK Sungai Jernih

Pada awal pagi ini cuaca di sekolah ini dingin dan hujan mulai turun.

Gambar Kenangan