Selawat atas nabi

Selawat atas nabi

Tuesday, June 30, 2009

Mesyuarat Khidmat sosial Institut Perguruan Tuanku Bainun

Perbincangan diadakan di makmal komputer sekolah.




Lawatan Pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun- Pun Dijamu Durian

Inisiatif En Awang B. Lookey Bekas Guru Besar Di LMS
untuk menabur bakti kepada komuniti di Sungai Jernih.
Kecil tapak tangan padang bola disediakan.
sebelum apa -apa perbingcangan kita tengok pulut kamil dulu
belum cuba belum tau.







Makan Duria lagi Di SK Sungai Jernih

Dusun Dalam Sekolah
Sekolah Dalam Dusun
Kerana itu kini kali kedua makan durian pulut bersantan
Orang yang pernah mencuba tahulah keenakannya.





Internet di SK S Jernih Masih Terputus

Masih lagi tak dapat menggunakannya di sekolah.
terpaksa keluar sekolah atau dirumah.
Nampak gayanya terpaksa pihak sekolah melaporkan kepada BTP, PPD dan PKG untuk khidmat bantuan dan nasihat.

Monday, June 29, 2009

Cendawan Pula Tumbuh Di SK Sungai Jernih







Internet di SK S Jernih harini Terputus

Masih terputus dan murid tak dapat menggunakannya. Pagi tadi dah lapurkan kepada PKG Batu Kurau.

Friday, June 26, 2009

Internet di SK S Jernih Masih Terputus

Untuk download terpaksa keluar dari sekolah ketempat-tempat yang boleh mengekses internet.

Wednesday, June 24, 2009

Makan Duria Di SK Sungai Jernih

Kucing tidur
Bismillahirrahmanirrahim
Baru satu pinggan
Teman tak kesah apa depa nak buat


Kawe nak tambah lagi weh

Hairy sampai tak nguit telinga

Jen ( PK1)
baru sikit makan tu

Internet di SK S Jernih Masih Terputus

Sehingga kehari ini internet disekolah ,asih belum pulih lagi. Pihak schoolnet telah mencuba dengan tiga router tetapi tidak berjaya. Mereka telah menghubungi pihak telekom pula.
Kerana itu beberapa laporan bergambar di sekolah ini sepanjang beberapa harini tidak dapat disiarkan.

Tuesday, June 23, 2009

Internet di SK S Jernih Masih Terputus

Tidak dapat disiarkan makan kenduri durian. meleleh air liurlah kawan-kawan dan sahabat.

Friday, June 19, 2009

Internet di SK S Jernih harini Terputus

Tiada laporan kembangan untuk harini namun rakaman bergambar disediakan. Segalanya akan dimuatkan bila ienternet boleh di capai nanti. Segala kerumitan amat dikesali. Pihak sekolah akan segera menghubungi pihak yang berkenaan dan berkaitan.

Thursday, June 18, 2009

Rawatan Gigi di Sekolah ini

Kembang Dragon yang mekar harini

Harini dua kuntuman kembang dragon yang mekar berkembang
dari dua pohonan Lihat keputihan yang bersih dengan kekuningan yang lembut
Cantik dan menawan

Keadaan akan bertambah cantik jika dalam kuantiti yang banyak.

Semoga kendahan ini akan membuka semangat murid untuk gembira dan seronok bersekolah

Kembang mekar semalam harini terkulai layu

Semalam mekar indah kembar kembang kembangan ini,
harini ianya terkulai layu.
Semalam sang lebah terbang mengelilingi
madu dicari dan diseduti
Semalam ramai murid mengelilingi dan memerhati
Semalam gambar diambil untuk menjadi kenangan abadi disisi kembangan yang mekar
Dan kembangan kembar ini terkulai layu disisian sisi.

Itulah nasibmu bunga

Tetapi yang menghisap madu itu bukan kumbang tetapi lebah

ianya menjadi hasil rezeki pencari madu lebah
inilah aturcara perjalanan alam dalam ketentuan ILAHI

Wednesday, June 17, 2009

In situ learning - Pendebungaan Dragon Fruits.

In situ learning satu konsep pembelajaran diluar bilik darjah.
murid dibawa kelapangan.
murid diberi peluang untuk berinteraksi dengan situasi sebenar.
( Proses Pendebungaan bagi dragon fruits)

En Amir
Pn Khairunnisa

Puan Khairunnisa di sisian mekar indah putih bersih kekuningan.

Murid dengan uniform pengakap memerhati kembangan indah kembang dragon.

Puteri Islam disisian kembangan kembang dragon
murid-murid memerhati lebah menghisap madu kembang dragon
dalam masa yang sama lebah membantu menyebarkan debunga pada stigma kembangan dragon.

En Yusof PK Hem Turut sama dalam program tersebut.

Keinginan untuk tahu mengasyikkan murid memerhati proses pendebungaan yang disempurnakan oleh lebah.
Begitu asyik memerhatikan

Aktiviti diluar seperti ini menambah ruang interaksi kepada murid.
guru perlu bijak mencari peluang seperti ini.
Program ini pada pagi ini melibatkan tiga kelas iaitu tahun 4,5 dan 6.


Semoga menjadi pengalaman yang berguna kepada murid.


Proses pembelajaran berada dimana-mana.
guru yang bijak bestari dapat menjadikan kepelbagaian instrument
yang ditemui dan dihadapannya untuk bahan pengajarannya.
Alam ini kaya dengan bahan pengajaran. terpulang kepada isi alam untuk mempelajarinya.

Gambar Kenangan