Selawat atas nabi

Selawat atas nabi

Friday, October 30, 2009

Pokok Tumbang - makluman

(gambar hiasan)
Dalam perjalanan Guru Besar kesekolah pagi ini beliau melihat sebatang pokok tumbang kejalan dan hampir menutupi jalanraya. Namun beliau dapat hadir kesekolah kerana terdapat satu lorongan kecil ditepi jalan yang boleh memuatkan sebuah kereta.

Kejadian tersebut berlaku dikawasan JKR Hulu Perak

Thursday, October 29, 2009

Taklimat Keselamatan Sekolah




Tempat Dewan Arif Budiman
PPD Lama
Taiping.

Mesyuarat MGB Zon Batu Kurau

Diadakan di SMK Redang Panjang pada
Selasa 27hb. okt 2009
jam 2.00 petang.

Tuesday, October 27, 2009

Peperiksaan Akhir tahun 2009


Hari ini bermula peperiksaan akhir tahun 2009. Selamat maju dan jaya.

Monday, October 26, 2009

Peperiksaan Akhir tahun 2009

(gambar hiasan)
Mulai esok akan diadakan peperiksaan akhir tahun bagi murid sekolah ni. Semoga beroleh kejayaan.

Selamat Datang En Rosli

Pada 16.10.2009, PK Kokurikulum sekolah ini ( Pn Suraya Lee)telah bertukar dari sekolah ini ke sekolah asalnya di Selama. Belian diganti oleh En Rosli dari SK St George Taiping.
Seluruh masyarakat sekolah mengucapkan selamat datang kepada beliau.

Contact Time 23hb.10.2009


Gurur Besar Memberikan input berkisar dari pengertian kurikulum. Guru Besar menyebutkan sekurang-kurangnya kurikulum boleh dilihat dalam 2 perspektif iaitu yang tersurat (nyata) dan tersirat (tersembunyi)

Rukun Negara merupakan suatu kurikulum yang tersurat dan sarat dengan yang tersirat. Begitu juga Falsafah Pelajaran Kebangsaan merupakan suatu kurikulum yang sarat dengan yang tersurat dan tersirat.

Segala usaha guru di sekolah lebih menumpukan kepada yang tersurat. Melalui petanda hasilan peperiksaan kita dapat melihat hasil yang tersurat. Guru besar mencadangkan kepada guru-guru suatu usaha untuk menimbulkan atau mengeksposkan highlight hasilan bagi kurikulum yang tersirat.

Gambar Kenangan